01
Rumah & bangunan sedia ada
- Mendapan tidak sekata pada rumah teres
- Menegakkan semula struktur yang condong
- Menjajarkan semula laluan pejalan kaki dan dek
- Menyokong tapak asas dan rasuk bumi yang mendap

Rumah & bangunan
Dinding retak, porch makin turun, pintu susah nak tutup? Geocon (M) Sdn. Bhd. membaiki rumah mendap dengan merawat tanah di bawah rumah anda, bukan sekadar menampal retak di atasnya. Kami kukuhkan asas menggunakan cerucuk heliks atau suntikan PU, tanpa pecah lantai dan tanpa jentera berat.
Buka folder · 8 gambarDi mana kami gunakan
01
02
03
Mendapan biasanya berlaku perlahan-lahan. Semak rumah anda dengan senarai ini. Kalau ada dua atau lebih tanda ini serentak, besar kemungkinan tanah di bawah sebahagian rumah sedang bergerak.
Folder gambar
Gambar dari tapak kerja kami. Sentuh mana-mana gambar untuk melihatnya lebih besar.
Tanah mendap di hadapan bangunan
Asas terdedah apabila tanah di tepi dinding mendap
Lantai laluan terpisah daripada bangunan
Lantai koridor mendap dari garisan dinding
Tanah terhakis di tepi asas
Rekahan terbuka antara lantai apron dan bangunan
Retak bertangga pada dinding bata, tanda biasa bangunan mendap
Retakan pada dinding bata di atas tanah yang mendap
Nampak dua atau lebih tanda ini? Periksa sebelum retak makin teruk.
Retak hanyalah tanda. Puncanya hampir selalu berada di dalam tanah di bawah asas rumah.
Banyak kawasan perumahan di Selangor dan Lembah Klang dibina di atas tanah liat lembut atau tanah tambak yang tidak dipadatkan dengan betul. Lama-kelamaan tanah ini termampat di bawah berat rumah (proses konsolidasi), dan bangunan turut mendap perlahan-lahan.
Longkang bocor, paip pecah dan hujan lebat boleh membawa keluar tanah halus dari bawah lantai. Ini meninggalkan rongga dan lubang di bawah tanah, atau dipanggil soil piping. Cuaca Malaysia yang basah, dengan paras air bawah tanah naik turun sepanjang tahun, memburukkan lagi keadaan dan boleh menyebabkan tanah tambak runtuh.
Mendapan tidak sekata (differential settlement) bermaksud satu bahagian bangunan mendap lebih banyak daripada bahagian lain. Inilah punca paling biasa dinding rumah teres retak. Contoh lazim: rumah asal dibina atas cerucuk, tetapi dapur, porch atau extension yang ditambah kemudian hanya dibina atas asas cetek. Extension itu turun bersama tanah lembut sementara rumah asal kekal di tempatnya, lalu sambungan di antaranya retak.
Menampal retak atau tuang semula lantai tidak menyelesaikan masalah ini. Konkrit baru menambah lagi beban pada tanah lemah yang sama, jadi masalah biasanya berulang. Cara pembaikan yang betul ialah merawat tanahnya dahulu.
Setiap kerja bermula dengan ujian, supaya kaedah pembaikan direka mengikut tanah anda, bukan main agak.
Kami tanda semua retak, buat ukuran aras laser pada lantai dan slab, dan jalankan ujian JKR/Mackintosh probe untuk mengetahui sedalam mana tanah lemah.
Berdasarkan keputusan ujian, kami pilih cerucuk heliks, suntikan PU atau kedua-duanya, dan kira bilangan, kedalaman serta jarak cerucuk atau titik suntikan.
Cerucuk heliks dipasang dengan cara diputar di sebelah asas; PU disuntik melalui lubang kecil. Tiada pecah lantai, tiada korek dan tiada jentera berat.
Cerucuk diikat pada asas sedia ada untuk menanggung beban. Bagi lantai yang sudah turun, PU mengangkatnya sedikit demi sedikit di bawah pemantauan aras laser.
Kami uji semula tanah dan boleh memasang titik pemantauan mendapan untuk memastikan bangunan sudah berhenti bergerak sebelum retak dibaiki.
Kedua-duanya disokong penyelidikan bersama GeoForenSIG, kumpulan forensik geoteknik di Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM.
Mengetuai GeoForenSIG, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Rakan teknikal Geocon (M) Sdn. Bhd.

Cerucuk keluli dengan plat berbentuk skru diputar masuk ke lapisan tanah keras di bawah tanah lembut, kemudian diikat pada asas supaya bangunan bertumpu pada cerucuk, bukan lagi pada tanah yang lemah.

Poliuretana hidrofobik disuntik pada tekanan tinggi melalui lubang kecil. Ia mengembang, menolak keluar air, mengisi rongga dan memadatkan tanah, malah boleh mengangkat semula lantai yang mendap.
Underpinning dan suntikan PU merawat punca mendapan tidak sekata, jadi pembaikannya tahan lama.

Bagi sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam, kami mereka bentuk cerucuk heliks GeoMicroHelicS untuk setiap titik sokongan, dan menyemak kapasiti beban setiap cerucuk berdasarkan lapisan tanah yang ditemui melalui ujian. Selepas pemasangan, empat penanda mendapan di sekeliling rumah dipantau selama beberapa bulan pada tahun 2019.
Lihat semua projekFAQ
Biasanya kerana tanah di bawah sebahagian asas rumah lembut, tidak dipadatkan dengan baik semasa rumah dibina, atau dihakis air dari longkang dan paip yang bocor. Extension dan porch yang dibina atas asas cetek di sebelah rumah bercerucuk paling mudah mendap.
Retak menyerong dari bucu pintu dan tingkap, pintu dan tingkap tersekat, lantai senget, porch atau extension terpisah dari rumah, dan celah terbuka di kaki dinding. Retak yang terbuka semula selepas ditampal ialah tanda kuat tanah masih bergerak.
Bukan semua retak serius, tetapi retak akibat mendapan bermakna struktur sedang bergerak. Retak yang lebih lebar daripada beberapa milimeter, makin membesar, atau berlaku bersama pintu tersekat dan lantai senget patut diperiksa jurutera secepat mungkin. Jika retak besar muncul tiba-tiba, plaster gugur atau siling melendut, keluar dari kawasan itu dan dapatkan bantuan segera.
Boleh. Dalam kebanyakan kes, rumah anda boleh distabilkan tanpa dirobohkan, dengan menyokong asas menggunakan cerucuk heliks dan/atau menyuntik PU untuk mengisi rongga dan mengukuhkan tanah. Bila tanah sudah berhenti bergerak, retak boleh dibaiki dan tidak akan terbuka semula.
Kos bergantung pada luas bahagian rumah yang terlibat, kedalaman tanah lembut, dan sama ada cerucuk, suntikan atau kedua-duanya diperlukan. Kami boleh beri sebut harga yang tepat selepas pemeriksaan tapak dan ujian. Minta pemeriksaan tapak.
Cerucuk heliks paling sesuai bila dinding atau asas terus mendap dan perlukan sokongan baru dari lapisan tanah keras di bawah. Suntikan PU paling sesuai untuk lantai mendap, rongga dan tanah longgar berhampiran permukaan. Banyak rumah perlukan gabungan kedua-duanya, yang kami tentukan berdasarkan keputusan ujian.
Biasanya tidak. Suntikan PU dibuat melalui lubang kecil dan cerucuk heliks dipasang di sebelah asas, jadi lantai dan dinding kekal. Kami akan maklumkan selepas pemeriksaan jika ada kawasan yang perlu dikosongkan semasa kerja.

Ceritakan apa yang mendap. Kami terangkan cara membaikinya.