Tanah mendap di hadapan bangunan

Kediaman & komersial

Baiki tanah untuk rumah & hartanah

Rumah teres, berkembar, banglo, rumah kedai dan bangunan rendah. Kami baiki tanah di bawahnya tanpa roboh, tanpa jentera berat dan tanpa perlu berpindah.

Buka folder · 8 gambar

Untuk pemilik rumah

Baiki punca, bukan hanya retakan.

Kebanyakan rumah mendap di Lembah Klang berpunca daripada tanah liat lembut, tanah tambak yang tidak dipadatkan dengan baik, atau air yang menghakis tanah di bawah papak. Bahagian sambungan, dapur dan porch kereta yang dibina di atas asas cetek di sebelah rumah bercerucuk paling mudah mendap.

Baca lagiTutup

Menampal retakan atau menuang semula papak menambah berat pada tanah lemah yang sama, jadi masalah biasanya berulang. Kami uji tanah dahulu, kemudian sokong asas dengan cerucuk heliks atau isi rongga dan angkat papak dengan suntikan PU, selalunya kedua-duanya.

  • Peralatan kecil yang muat di lorong belakang, laman dan dapur
  • Tiada pecah lantai atau dinding; kerja melalui lubang kecil atau di tepi asas
  • Diuji sebelum dan selepas, dengan pemantauan mendapan jika perlu

Retakan makin besar, atau porch terpisah dari rumah? WhatsApp beberapa gambar kepada kami.

Ceritakan apa yang mendap. Kami terangkan cara membaikinya.

Hantar gambar masalah anda.

Hubungi kami

Pilih siapa yang anda mahu hubungi. WhatsApp gambar masalah dan lokasi tapak untuk jawapan lebih cepat.

Isn–Jum, 9 pagi–5 petang

Atau hantar borang pertanyaan →

100%